2025-06-20 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,20 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM),hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan membabitkan 8 pegawai kanan pasukan itu,berkuat kuasa 21 Julai ini.
Setiausaha Polis Malaysia,Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata,antara terlibat ialah Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN),Bukit Aman
Manakala,Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd juga dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,Bukit Aman.
Turut terlibat,Ketua Polis Pulau Pinang,Datuk Hamzah Ahmad yang kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,Bukit Aman.
"Manakala Ketua Polis Kedah,Datuk Fisol Salleh akan memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi),Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam,Bukit Aman.
"Sementara itu,DCP Gilberd a/l Philip Layang yang sebelum ini Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi,Bukit Aman,dilantik Pengarah jabatan tersebut dengan memangku pangkat CP," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu,SAC Redzuan Abd Hamid,dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi,dengan memangku pangkat DCP.
Sementara itu,Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa),SAC Mohd Rozi Jidin dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik,Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
ACP Nordin Md Nor,yang sebelum ini Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat),dilantik Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat),Jabatan Logistik dan Teknologi,dengan memangku pangkat SAC.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur