2025-06-20 IDOPRESS

Majlis pelancaran Kongres APSS-APPOS-MSS 2025 di ibu negara
KUALA LUMPUR,20 Jun- Pelancaran Kongres The Asia Pacific Spine Society (APSS)-Asia Pacific Paediatric Orthopaedic Society (APPOS)-Pertubuhan Spinal Malaysia (MSS) 2025 hari ini adalah sebagai penanda aras penting dalam landskap perubatan dan saintifik negara.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata,pelancaran kongres tersebut seiring dengan usaha memperjuangkan inovasi perubatan dan kebajikan pesakit.
"Keperluan untuk rawatan ortopedik dan tulang belakang semakin mendesak,dari kanak-kanak dengan kecacatan kongenital hingga warga emas yang menghadapi masalah degeneratif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kongres APSS-APPOS-MSS 2025 ibu negara.
Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut menggesa golongan doktor muda dan pakar pelapis untuk memanfaatkan sepenuhnya platform itu sebagai medan pembelajaran dan rangkaian profesional.
Mengangkat tema 'Memperkukuh Asas untuk Mendepani Teknologi Baharu' kongres yang terbesar pernah dianjurkan dengan kehadiran seramai 1,232 delegasi itu terdiri daripada 1,014 peserta dalam bidang tulang belakang dan 218 dalam bidang ortopedik kanak-kanak,serta penyertaan 62 syarikat industri berkaitan.
Antara tokoh perubatan yang menyertai kongres itu termasuk Prof. S. Rajasekaran selaku penceramah plenari dan Prof. Kuniyoshi Abumi selaku Penceramah utama APSS,bersama barisan pakar antarabangsa dan tempatan dari seluruh dunia.
Kongres yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (20 Jun) hingga 22 Jun sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan dalam bidang perubatan serantau serta membuktikan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan dalam bidang ortopedik dan penjagaan tulang belakang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur