2025-06-20 IDOPRESS

Perdana Menteri ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan,hari ini./BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Jun - Pelaksanaan kutipan cukai secara progresif memastikan hasil negara disalurkan semula kepada rakyat melalui perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Malah,ia menjadi instrumen penting bagi membiayai keperluan asas rakyat terutama dalam sektor pendidikan,kesihatan dan kebajikan.
Mengambil contoh program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,peruntukan bantuan tunai itu meningkat ketara daripada RM8 bilion pada 2023 kepada RM13 bilion tahun ini dan bakal memanfaatkan lebih 9 juta penerima di seluruh negara.
"Inilah sebabnya kita perlu kutip cukai. Kita pulangkan semula kepada rakyat melalui peruntukan yang meningkat sama ada dalam bentuk pendidikan untuk anak-anak kita atau perkhidmatan kesihatan yang lebih baik," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini,hari ini.
Beliau turut memaklumkan,peruntukan untuk Kementerian Pendidikan meningkat daripada RM58 bilion pada tahun 2024 kepada RM64 bilion tahun ini.
Peningkatan peruntukan juga melibatkan Kementerian Kesihatan iaiatu RM45 bilion berbanding RM41 bilion sebelum ini.
Pada ucapan sama,Datuk Seri Anwar turut menekankan kepentingan mengurangkan kebergantungan kepada bahan import terutama dalam kalangan jabatan kerajaan.
Beliau menyeru semua pihak agar mengutamakan penggunaan hasil tempatan sebagai satu bentuk sokongan kepada petani dan pengeluar dalam negara.
"Saya ke Laos,Vietnam,Thailand bila ada majlis rasmi kerajaan,mereka tidak hidang makanan import. Kita pun perlu ikut jejak itu. Tak perlu jamu ikan kod,makanlah buah tempatan. Itu lebih baik untuk ekonomi dan rakyat kita sendiri," katanya.
Penjawat awam juga disaran memainkan peranan lebih aktif dalam menjelaskan dasar-dasar kerajaan bagi mengelak timbul kekeliruan dan tohmahan tidak berasas dalam kalangan rakyat.
Dalam pada itu,Perdana Menteri memaklumkan,program Sekolah Angkat dan Kampung Angkat yang kini melibatkan lebih 700 sekolah dengan kerjasama syarikat korporat akan diperluas sebagai langkah memperkukuh jaringan sosial.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur