2025-06-20 IDOPRESS

Foto FB MALBATT 850-12
KUALA LUMPUR,20 Jun- Seramai 155 pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN Medal) dalam satu perbarisan penuh istiadat di Kem Marakah,Lubnan pada Khamis.
Penerima pingat terdiri daripada 20 pegawai,134 anggota lain-lain pangkat serta seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Komander MALBATT 850-12,Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh mendahului senarai penerima pingat,simbol pengiktirafan tertinggi terhadap kepimpinan dan peranan utama beliau dalam pelaksanaan misi.
"Seterusnya,pingat diberikan kepada pegawai-pegawai kanan serta keseluruhan anggota lain-lain pangkat oleh Komander Sektor Barat Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) Brig Jen Nicola Mandolesi," menurut MALBATT 850-12 dalam kenyataan hari ini.
Perbarisan Medal Parade tersebut diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-12,Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin dan diiringi oleh kumpulan pancaragam dariGhana Battalion (GHANBATT).
Hadir sama,Duta Besar Malaysia ke Republik Lubnan,Tuan Yang Terutama (TYT) Azri Mat Yacob.
Kehadiran beliau adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap peranan yang dimainkan kontinjen negara dalam usaha keamanan antarabangsa.
Penganugerahan Pingat PBB merupakan pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan anggota MALBATT 850-12dalam mengekalkan keamanan serantau dan pelaksanaan misi antarabangsa dengan penuh profesionalisme serta dedikasi.
MALBATT 850-12 telah memulakan penugasan di bawahUnited Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL)padaNovember 2024,ketika Lubnan berdepan fasa mencabar dari segi keselamatan akibat konflik di selatan negara serta ketegangan semasa serantau yang melibatkanIsrael dan Iran.
Situasi itu sekali gus mengakibatkan tekanan besar terhadap kestabilan politik dan keselamatan rakyat tempatan.
"Dalam konteks ini,kehadiran MALBATT 850-12 amat penting dalam menyokong usaha pengamanselaras dengan peranan UNIFIL untuk membantu Kerajaan Lubnan memperkukuh kawalan keselamatan dan melaksanakan pemantauan di kawasan tanggungjawab operasi," tambah kenyataan itu.
MALBATT turut berjaya menjalin kerjasama erat denganAngkatan Tentera Lubnan (LAF)serta melaksanakan tugas mereka dengan baik termasuk pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti perkhidmatan perubatan,agihan kotak makanan,serta program menyantuni anak-anak yatim.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur