2025-06-23 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,23 Jun - Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,agama mahupun wilayah perlu berganding bahu dan saling menyumbang dalam semangat kekitaan bagi membina negara yang lebih adil,makmur dan bersatu,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar menegaskan demikian menerusi hantaran di Facebook,susulan kehadirannya ke Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai di Kuching,malam tadi.
Menurut beliau,kehadirannya ke Bumi Kenyalang bukan sekadar memenuhi undangan,tetapi sebagai tanda penghargaan terhadap kekayaan budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras kekuatan sebenar Malaysia.
“Kita perlu berbangga bahawa di tengah-tengah kepelbagaian kaum dan budaya,rakyat Sarawak terus mempamerkan semangat 'Segulai Sejalai',satu nilai yang kini menjadi pegangan dalam pentadbiran negara.
Beliau turut menekankan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan pimpinan negeri,yang diterajui Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg,adalah teras penting dalam merealisasikan cita-cita bersama untuk Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera.
"Saya juga nyatakan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa Sarawak,termasuk menjadikan negeri ini sebagai hab tenaga utama menerusi ASEAN Power Grid,dan menyelesaikan perjanjian MA63 secara tuntas dan adil",kata Datuk Seri Anwar.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur