2025-06-23 HaiPress

Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail/Foto Fahmie Zaidi
PUTRAJAYA,23 Jun – Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bersedia mengadakan pertemuan dengan wakil media tempatan dalam masa terdekat susulan penyiaran laporan tidak tepat yang mengaitkan dirinya.
Beliau berkata,pertemuan itu penting bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain memastikan kesilapan fakta seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
“Alhamdulillah,saya terima perkara ini dengan hati yang terbuka. Pihak akhbar terbabit telah memohon untuk bertemu dengan saya dan,insya-Allah,pertemuan itu akan berlangsung dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui,hari ini.
Pada masa yang sama,beliau menasihatkan agar semua pengamal media mengamalkan etika kewartawanan yang berintegriti dan memastikan setiap laporan tepat,khususnya membabitkan institusi keselamatan negara.
“Saya berharap semua wartawan memberikan laporan yang tepat dan tidak lari daripada fakta. Hubungan yang baik dan telus antara polis dan media perlu diteruskan demi kebaikan semua pihak,” tegas beliau.
Datuk Seri Khalid turut menjelaskan sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik.
Beliau yang kini berusia 59 tahun dilantik sebagai KPN ke-15 pada 4 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara wajib.
Mohd Khalid dinaikkan sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 10 April 2023 sebelum bersara wajib pada 8 April 2025,namun perkhidmatannya disambung secara kontrak hingga kini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur