2025-06-23 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said / Foto RTM
SHAH ALAM,23 Jun-Kerajaan menyasarkan kira-kira 200,000 individu bebas daripada kebankrapan menjelang akhir tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,sehingga Jun tahun ini,seramai 186,000 individu telah bebas daripada kebankrapan dan kerajaan sedang giat mempercepatkan proses tersebut.
“Di bawah Kerajaan Perpaduan Madani,kita diarahkan untuk mempercepatkan proses pelepasan bankrap. Kita menyasarkan jumlah pelepasan tahun ini meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu",katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan IPTA dan IPTS di Universiti Teknologi MARA (UiTM),di sini,hari ini.
Beliau yakin angka pelepasan itu mampu dicapai hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua yang digerakkan Perdana Menteri sendiri bagi membantu golongan yang berdepan krisis kewangan.
Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI),sebanyak 25,578 kes kebankrapan direkodkan di seluruh negara dari tahun 2021 hingga Mei 2025.
Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 6,213 kes,diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3,412 kes) dan Johor Bahru (2,225 kes).
Lelaki pula merupakan golongan tertinggi terjejas dengan 18,590 kes kebankrapan,berbanding 6,903 kes melibatkan wanita.
“Kalau kita lihat statistik,majoriti kes membabitkan lelaki,berbanding wanita,” ujar Azalina.
Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif komprehensif kerajaan untuk membantu individu yang diisytihar bankrap keluar daripada belenggu hutang,sekali gus kembali menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi negara.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur