2025-06-23 HaiPress

Anggota bomba memadam kebakaran salah sebuah kilang di kawasan Perindustrian Taman Song Choon,Ipoh/Foto Bomba Sukarela
LIMA KILANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI SIMPANG PULAI
IPOH,23 Jun - Lima buah kilang musnah dalam satu kejadian kebakaran besar yang berlaku di Taman Perindustrian Song Choon,Simpang Pulai,awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata,kejadian yang dilaporkan pada pukul 1.44 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Beliau berkata,kebakaran melibatkan lima lot kilang bersaiz 150 x 70 kaki setiap satu.
"Tiga daripadanya merupakan kilang memproses peralatan sembahyang yang masing-masing musnah sehingga 70 peratus.
"Dua lagi kilang yang masing-masing memproses cat dan teh herba pula dilaporkan terbakar sehingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi memadamkan kebakaran melibatkan 38 anggota bomba dan 15 anggota bomba sukarela dari enam balai berhampiran termasuk Pasukan Khas Bahan Berbahaya (HAZMAT).
Katanya,punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur