2025-06-23 HaiPress

Tan Sri Lee Lam Thye bercakap pada sidang media selepas Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bangi / Foto RTM
BANGI,23 Jun - Majikan perlu bertanggungjawab atas keselamatan pekerjanya di jalan raya,terutama yang melibatkan kenderaan syarikat.
Langkah itu sebagai usaha mengurangkan risiko kemalangan maut dalam kalangan pekerja.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat,Tan Sri Lee Lam Thye menjelaskan majikan yang prihatin,seharusnya bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemandu.
Selain aspek teknikal,fokus juga perlu diberikan kepada keadaan mental dan fizikal pemandu.
"Sebab kesihatan mental ini sama penting,sebab saya rasa kemalangan ini juga ada berkaitan dengan kesihatan mental,perangai dan kelakuan,sikap diri ketika di atas jalan raya,semua ini ada kaitan dengan mental.
"Pihak majikan juga mesti bertanggungjawab...sangat penting jangan biarkan pemandu kena saman,biarkan dia bayar bukanlan cara menyelesaikan masalah ini." katanya dalam sidang media Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHCOF 2025) di sini.
Hadir sama,Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja,Ir. Mohd Hatta Zakaria.
Seramai 1,000 peserta hadir secara dalam talian dan bersemuka,yang memasuki tahun kedua penganjuran.
Persidangan itu menjadi platform penting menghimpunkan pakar pelbagai bidang berkongsi pandangan serta pengalaman,dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Selain sesi perkongsian ilmu,program itu juga mengiktiraf syarikat yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerja mereka.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur