2025-06-23 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 Jun- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan,berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah,kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konflik antara Israel dan Iran terus menjadi tumpuan utama berikutan Amerika Syarikat masih mempertimbangkan untuk campur tangan dalam konflik berkenaan.
“Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata Presiden Donald Trump akan membuat keputusan sama ada untuk terlibat atau tidak dalam tempoh dua minggu akan datang. Sementara itu,Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.22 peratus kepada 98.691 mata,” katanya kepada Bernama.
Selain itu,data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bagi Mei 2025 juga dijangka dikeluarkan minggu hadapan. Berdasarkan situasi semasa,ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat RM4.24 hingga RM4.25,katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir,ringgit mengakhiri kenaikan awal susulan kebimbangan geopolitik yang meningkat,sekali gus mendorong permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.
Bagaimanapun,pasaran menunjukkan sedikit pemulihan menjelang penghujung minggu,berikutan kenyataan terbaharu dari Rumah Putih yang memberikan isyarat berbeza terhadap perkembangan konflik Iran-Israel.
Pada penutupan minggu ini,ringgit diniagakan lebih lemah berbanding dolar AS,susut kepada 4.2505/2565 pada Jumaat berbanding 4.2435/2480 minggu sebelumnya.
Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9245/9289 daripada 2.9448/9482 ketika ditutup pada Jumaat,naik berbanding pound Britain kepada 5.7356/7437 daripada 5.7482/7543 sebelumnya,tetapi susut berbanding euro kepada 4.9000/9069 daripada 4.8906/8958 minggu lepas.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3088/3140 pada Jumaat daripada 3.3077/3118 pada minggu sebelumnya,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.2/259.7 daripada 260.2/260.6 sebelumnya,dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9727/9969 daripada 13.0807/1018 minggu lepas.
Sementara itu,ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.45 berbanding 7.55/7.56 sebelumnya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur