2025-06-23 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Jun – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$119.9 bilion pada 13 Jun 2025 berbanding AS$119.6 bilion pada 30 Mei 2025.
BNM dalam kenyataan berkata paras rizab ini mencukupi untuk membiayai 5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.
"Komponen utama rizab termasuk pertukaran asing (AS$106.7 bilion),hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion),emas (AS$3.8 bilion),rizabTabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion) dan aset lain (AS$2.3 bilion).
Jumlah aset BNM bernilai RM630.55 bilion merangkumi SDR dan rizab lain (RM531.12 bilion),kertas kerajaan (RM12.91 bilion),pinjaman dan pendahuluan (RM27.08 bilion) serta aset lain seperti tanah dan bangunan," menurut BNM.
Liabiliti pula terdiri daripada mata wang dalam edaran (RM172.73 bilion),deposit institusi kewangan (RM127.93 bilion),rizab (RM194.93 bilion) serta peruntukan SDR dan instrumen kewangan lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur