2025-06-23 HaiPress

KUALA LUMPUR,21 Jun – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menyambut baik penjelasan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung mekanisme pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi import gula mentah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM,Syed Feizal Syed Mohammad,pihaknya menghargai pendekatan pragmatik MOF dalam menangani isu tersebut.
"MSM menyifatkan penjelasan yang diberi sebagai langkah penting dalam membantu industri mengurus kos input serta menstabilkan harga gula bertapis.
"Pihak kami menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memastikan rantaian bekalan gula negara kekal stabil,sambil meneruskan fokus terhadap kecekapan operasi dan penetapan harga yang adil," katanya.
MSM jelasnya,menghargai perhatian segera MOF terhadap perkara ini serta pengesahan mengenai laluan yang tersedia untuk pengeluar gula bertapis yang layak mendapatkan pengecualian.
"Ini amat penting memandangkan persekitaran operasi yang mencabar iaitu harga runcit gula kekal dikawal pada RM2.85 sekilogram sejak 2011 walaupun kos gula mentah global telah meningkat secara ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini," jelas beliau.
Terdahulu,MOF menjelaskan bahawa walaupun SST sebanyak lima peratus dikenakan ke atas gula mentah,namun pengilang gula bertapis boleh memohon pengecualian cukai tertakluk kepada syarat tertentu.
Penjelasan ini hadir susulan kebimbangan MSM berkenaan potensi peningkatan kos pengeluaran yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan syarikat pada 19 Jun lepas," kata MSM menerusi satu kenyataan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur