2025-06-23 HaiPress

Pelaburan strategik berjumlah RM9.4 bilion oleh syarikat teknologi gergasi dunia,Google,dijangka memberi impak besar kepada pembangunan landskap digital Malaysia / Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,22 Jun – Pelaburan strategik berjumlah RM9.4 bilion oleh syarikat teknologi gergasi dunia,dijangka memberi impak besar kepada pembangunan landskap digital Malaysia,khususnya dalam bidang pengkomputeran awan dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Melalui pelaburan tersebut,Google akan menubuhkan Pusat Data dan Wilayah Awan pertamanya di Malaysia,satu pencapaian penting yang memperkukuh aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab digital utama di rantau Asia Tenggara.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan projek berskala besar itu dijangka menyumbang sekitar RM15.04 bilion kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang,selain mewujudkan kira-kira 26,500 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia.
"Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negara dalam ekosistem digital global,malah turut mempertingkat tahap keselamatan siber nasional dan membina daya tahan ekonomi digital negar," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Selain infrastruktur fizikal,Datuk Seri Tengku Zafrul memaklumkan,Google turut komited untuk melabur dalam pembangunan kemahiran digital rakyat Malaysia,sebagai sebahagian daripada usaha membentuk tenaga kerja masa hadapan yang mampan dan berdaya saing.
Kerajaan Malaysia,katanya,komited menyediakan sokongan penuh kepada pelaburan berkualiti tinggi dengan memastikan persekitaran perniagaan yang kondusif dan stabil.
Dalam masa yang sama,kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada Google atas kepercayaan berterusan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi utama di rantau ini.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur