2025-06-23 IDOPRESS

Foto Facebook Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUCHING,23 Jun- Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri,Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.
Menerusi hantaran di Facebook,Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menyatakan,pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga serta negeri Sarawak.
Yang di-Pertua Negeri dan isteri mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
"TYT Tun Pehin Sri turut mendoakan semoga YAB Premier serta seluruh keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.
"Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani dikenang sebagai seorang isteri pemimpin yang berhemah tinggi,berjiwa rakyat,serta banyak menyumbang kepada program-program kemasyarakatan,pendidikan,dan kebudayaan di Sarawak",menurut hantaran tersebut.
Sementara itu,Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran di Facebook turut merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani dan merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak.
Beliau berkata pemergian Allahyarhamah pada awal pagi tadi merupakan satu kehilangan besar,bukan sahaja buat keluarga tetapi juga seluruh rakyat Sarawak yang mengenali keperibadian beliau yang mulia dan berjiwa rakyat.
"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,diampuni segala dosa,dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman",katanya menerusi hantaran di Facebook.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur