2025-06-23 IDOPRESS

Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli (tengah) memberitahu pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Program Bakti MADANI UniMAP di Kampung Gunung Medan,Utan Aji di Perlis / Foto RTM
KANGAR,23 Jun - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertekad memastikan setiap mahasiswanya bukan sahaja terdidik secara akademik,tetapi turut bersedia menjadi agen perubahan yang membawa ilmu,kemahiran dan sumbangan kepada komuniti.
Ini menerusi program UniMAP Bersama Komuniti melibatkan pemindahan ilmu dan teknologi dari universiti ke masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan komuniti.
Menurut Naib Canselor UniMAP,Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli,Program Bakti MADANI menjadi antara teras utama di bawah program tersebut,bagi menyediakan bakat terbaik negara sekali gus mencipta peluang dan menyumbang kepada komuniti.
"Warga UniMAP tidak kira pelajar atau staf dapat memberikan sumbangan mereka kepada penduduk sekitar kerana kita mahu penduduk di negeri Perlis ini merasai keberadaan universiti di negeri Perlis.
"Saya percaya ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih dekat budaya kerja dan masalah yang dihadapi pada peringkat akar umbi." katanya pada majlis Perasmian Penutup Program Bakti MADANI UniMAP di Kampung Gunung Medan,Utan Aji di sini.
Seramai 50 pelajar universiti itu menjadi anak angkat kepada 25 keluarga di Kampung Gunung Medan dan Kampung Binjal.
Antara aktiviti lain turut terlibat seperti gotong-royong,perkhidmatan membaiki motosikal serta khidmat nasihat kesihatan dan kesejahteraan.
Program ini turut mendapat kerjasama erat Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis dan berjaya memberikan pendedahan secara langsung kepada masyarakat mengenai pengajian dan kepakaran yang ditawarkan oleh UniMAP.
Penaung Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berharap program tersebut diteruskan dari masa ke masa dengan kerjasama erat antara universiti dengan kepimpinan setempat.
"Bukan sahaja komuniti di parlimen Kangar malah bergerak di seluruh negeri seperti parlimen Arau dan Padang Besar. Di Kangar,kita aktifkan Pertubuhan Anak Jati Perlis untuk kerjasama sebab terdapat banyak anjuran selain di peringkat kampung dan masjid." katanya.
Dalam program itu juga,mahasiswa dengan kerjasama pensyarah UniMAP memasang lima tiang lampu solar di kampung berkenaan,hasil inovasi pelajar Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elektrik yang dilaksanakan secara sinergi bersama jabatan lain dalam universiti.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur