2025-06-23 IDOPRESS

Sambutan kali ini diadakan di Wisma Tani KPKM bertemakan “Animal Health Takes A Team”
PUTRAJAYA,23 Jun - Sambutan Hari Veterinar Sedunia tahun ini menekankan terhadap peranan penting profesion veterinar dalam pelbagai aspek kehidupan,daripada kesihatan haiwan peliharaan hingga jaminan makanan negara.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),Datuk Badrul Hisham Mohd,dalam ucapan perasmiannya menekankan penyelesaian keterjaminan makanan melalui teknologi.
"Bagi mengaplikasikan teknologi secara berkesan,peranan bakat muda dari universiti amat kritikal. Kementerian menyasarkan 30 peratus tenaga kerja dalam sektor agromakanan terdiri daripada graduan berusia bawah 30 tahun,bagi menerajui pembangunan sektor ini dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
"Golongan graduan yang memiliki pengetahuan asas dan kepakaran daripada universiti ini amat diperlukan untuk membawa masuk teknologi serta kemahiran baharu ke dalam industri," katanya.
Sambutan kali ini diadakan di Wisma Tani KPKM,di sini,dengan bertemakan “Animal Health Takes A Team”.
Datuk Badrul Hisham berkata,penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang veterinar juga sangat penting dalam mencari kaedah baharu bagi meningkatkan pengeluaran ternakan dan diagnosis penyakit yang lebih efisien.
"Mereka diharapkan untuk menghasilkan inovasi yang akhirnya akan mencipta teknologi dan memberikan nilai tambah kepada komuniti di negara ini," katanya.
Beliau turut menyeru agar usaha meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil ternakan dipergiat termasuk penekanan kepada amalan perladangan yang baik serta pengiktirafan melalui Skim Pensijilan Veterinar seperti myGAP,MyOrganic,dan VHM (Veterinary Health Mark).
Selain melalui pensijilan pemprosesan untuk memastikan kualiti,kebersihan,keselamatan,dan kebajikan haiwan.
Beliau juga menyeru agar kerjasama rentas sektor bagi mengukuhkan kawalan penyakit zoonotik,keselamatan makanan serta kesihatan haiwan dan manusia secara holistik dilaksanakan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur