2025-06-23 IDOPRESS

Seramai 275 usahawan diberi pendedahan berkenaan kaedah pembangunan produk dan servis yang berkesan menerusi Seminar Usahawan MADANI: Pembangunan Produk dan Servis (SUM:PPS) yang diadakan di MARDICorp Academy Serdang
SERDANG,23 Jun-Seramai 275 usahawan diberi pendedahan berkenaan kaedah pembangunan produk dan servis yang berkesan menerusi Seminar Usahawan MADANI: Pembangunan Produk dan Servis (SUM: PPS) yang diadakan di MARDICorp Academy Serdang.
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menerusi kenyataan berkata program itu sekali gus mempersiapkan golongan tersebut menembusi pasaran baharu dan meningkatkan prestasi jualan.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN,Haji Mustaffa Kamil berkata seminar yang diadakan bukan sekadar teori,ia turut menyediakan platform praktikal dengan melibatkan seramai 30 usahawan terpilih menjalani sesi penilaian produk dan servis secara langsung bersama pembimbing serta pemain industri,bagi mendapatkan maklum balas terus terhadap potensi dan penambahbaikan produk mereka.
Pada masa sama,beliau turut mengalu-alukan penglibatan lebih banyak rakan kolaborasi dari sektor kerajaan,swasta dan badan bukan kerajaan untuk terus bersama menjayakan program pembangunan keusahawanan seperti SUM: PPS demi manfaat lebih meluas kepada komuniti usahawan di seluruh negara.
Menurut INSKEN,seminar tersebut disampaikan menerusi lima modul utama yang dirangka khusus untuk membina asas yang kukuh merangkumi analisa pasaran,prototaip,validasi,pengeluaran (termasuk penyumberan,pengiraan kos & perletakan harga) serta pengkomersialan.
"Pendekatan menyeluruh ini membolehkan usahawan memahami keseluruhan rantaian proses yang terlibat dalam menghasilkan produk dan servis yang bukan sahaja berkualiti,tetapi juga berdaya saing dan mampan di pasaran",katanya.
Seminar satu hari ini merupakan hasil kolaborasi strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp),agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),TEKUN Nasional dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Sehingga kini,Seminar Usahawan MADANI: Pembangunan Produk dan Servis telah berjaya menarik penyertaan lebih 3,000 peserta dari seluruh negara menerusi 7 siri seminar yang telah dilaksanakan.
Pada tahun ini,INSKEN menyasarkan pelaksanaan seminar ini di 15 lokasi strategik di seluruh negara,sekali gus memperluas akses bimbingan dan pendedahan kepada lebih ramai usahawan yang berpotensi untuk berkembang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur