2025-06-23 IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 Jun- Prestasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2025 catat lonjakan jualan sebanyak RM3.2 bilion,meningkat 12.9 peratus,berbanding RM2.5 bilion pada tahun 2023.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan,peningkatan itu disokong pertambahan bilangan pekerja yang terlibat dalam sektor berkenaan,iaitu sebanyak 17.6 peratus kepada 281,876 orang.
"Dari segi prestasi mengikut negeri,Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi iaitu sebanyak RM700 juta,dengan bilangan pekerja seramai 38,811 orang. Ini diikuti oleh Johor dan Kuala Lumpur.
"Ketiga-tiga negeri ini menyumbang sebanyak 47.5 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Bazar Ramadan menyumbang sebahagian besar kepada prestasi keseluruhan dengan nilai jualan berjumlah RM2.6 bilion pada 2025.
Jumlah ini turut disertai peningkatan signifikan bilangan pekerja sebanyak 18.7 peratus,meningkat kepada 241,379 orang berbanding tahun sebelumnya.
"Selangor kekal sebagai penyumbang tertinggi dengan nilai jualan sebanyak RM558 juta,diikuti oleh Kuala Lumpur (RM361.9 juta) dan Johor (RM331.5 juta)," tambah kenyataan itu.
Manakala,Bazar Aidilfitri pula mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 5.1 peratus kepada RM600 juta,berbanding tahun 2023,dengan jumlah pekerja turut meningkat 12 peratus,kepada 40,497 orang.
"Johor mendahului prestasi negeri dengan nilai jualan tertinggi sebanyak RM144.3 juta,diikuti oleh Selangor (RM109.8 juta) dan Kedah (RM53.9 juta).
"Dari segi prestasi daerah,Johor Bahru muncul sebagai penyumbang utama dengan nilai jualan RM99 juta,diikuti Klang sebanyak RM55.6 juta dan Melaka Tengah sebanyak RM36 juta," menurut kenyataan itu.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur