2025-06-23 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,20 Jun -Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka tidak memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi negara.
RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) dalam satu nota penyelidikan berkata,ini kerana langkah itu hanya melibatkan barangan bukan keperluan serta sektor perkhidmatan terpilih.
“Kesan langsung peluasan cukai ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur terhad kerana ia menyasarkan julat kecil rangkaian subsektor seperti perkhidmatan berasaskan fi dan aktiviti mengikut budi bicara. Kesemua ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan output ekonomi,” jelasnya.
Menurut RHB IB,pengecualian terhadap sektor penting seperti makanan,penjagaan kesihatan,utiliti dan pengangkutan awam membantu mengelak bebanan meluas kepada ekonomi.
“Dari sudut strategik,peluasan SST lebih tertumpu kepada barangan tidak perlu seperti barangan mewah,hiburan dan perkhidmatan gaya hidup. Ini berbanding keperluan asas yang memberi kesan langsung kepada pengguna harian,” tambahnya.
Pendekatan bersasar itu,kata RHB IB,mampu mengelakkan pengurangan ketara dalam perbelanjaan isi rumah sekaligus mengehadkan tekanan inflasi secara menyeluruh.
Ini selain mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan yang berpotensi membolehkan bantuan tambahan kepada golongan berpendapatan rendah.
Dari sudut inflasi,kesan langsung peluasan SST dijangka hanya menyumbang antara 0.1 hingga 0.2 peratus kepada Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi tahun penuh.
RHB IB juga mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi tahun 2025,dengan jangkaan ekonomi domestik terus berdaya tahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur