2025-06-24 HaiPress

Datuk Aminuddin Hassim
JOHOR BAHRU,23 Jun- Pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) yang sedang giat dijalankan ketika ini diyakini mampu memperkasa kemahiran digital dalam kalangan murid,sekali gus meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,Datuk Aminuddin Hassim berkata,sehingga kini sebanyak 790 buah sekolah dikenal pasti dan telah dilantik menyertai program berkenaan,dengan sasaran keseluruhan melibatkan 1,000 buah sekolah di seluruh negara.
Setiap sekolah yang terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan inisiatif yang dirancang bawah program berkenaan.
"Kita telah berbincang untuk menambah baik beberapa bilik berkaitan STEM dan digital. Semua inisiatif yang diketengahkan ini akan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran digital dalam kalangan pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah,Kluang yang merupakan antara sekolah rintis bagi Program Sekolah Angkat MADANI bagi tahun 2025.
Program Sekolah Angkat MADANI turut diselaraskan dengan tujuh teras nadi keunggulan Kementerian Pendidikan (KPM),sebagai nilai tambah ke arah memperkasa kualiti pendidikan negara secara menyeluruh.
Selain itu,pelaksanaannya turut memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sekolah,program akademik,latihan dan pembangunan guru,bantuan kewangan serta pemberian biasiswa.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur