2025-06-24 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Hajiji Noor
KOTA KINABALU,23 Jun- Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan keluarga atas pemergian isteri,Puan Sri Hajjah Juma’ani Tuanku Bujang yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Dalam satu hantaran Facebook,Datuk Seri Hajiji menyatakan rasa dukacita atas berita pemergian Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Juma’ani.
"Kerajaan Negeri Sabah turut merasai kesedihan dan menzahirkan doa serta simpati yang mendalam kepada YAB Premier sekeluarga dalam saat penuh duka ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah dan menempatkannya di kalangan insan-insan yang soleh," menurut hantaran itu.
Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Juma’ani,76,menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.34 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga Premier Sarawak,malah kepada rakyat Sarawak yang mengenali keprihatinan dan jasa beliau selama ini.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur