2025-06-24 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,23 Jun – Majoriti pengundi di Malaysia memberikan penarafan kelulusan positif sebanyak 55 peratus kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini,berbanding 43 peratus pada Jun tahun lalu,menurut tinjauan terbaharu oleh Merdeka Center.
Merdeka Center,sebuah organisasi bebas yang menjalankan penyelidikan pendapat awam dan analisis sosio-ekonomi,dalam kenyataan hari ini memaklumkan tinjauan tersebut melibatkan 1,208 pengundi berdaftar dari seluruh negara.
“Tinjauan menunjukkan rakyat mula merasakan negara berada pada landasan lebih stabil,susulan ketidaktentuan politik yang semakin reda,selain kerajaan kini diketuai dengan majoriti dua pertiga di Parlimen,” kata pusat itu.
Menurut laporan sama,reformasi institusi,termasuk pengembalian semula Akta Perkhidmatan Parlimen 2025,turut menyumbang kepada persepsi positif rakyat terhadap tadbir urus yang lebih berintegriti.
Dalam aspek ekonomi,rakyat dilihat menyambut baik usaha kerajaan mengurangkan tekanan kos sara hidup melalui beberapa inisiatif,termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM1,700,bantuan tunai perayaan kepada penjawat awam,serta subsidi bahan api yang dikekalkan.
Inflasi juga berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun iaitu 1.4 peratus pada Mac 2025,manakala ekonomi mencatat pertumbuhan 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini,menurut Merdeka Center.
“Walaupun isu ekonomi kekal sebagai kebimbangan utama,ketiadaan kejutan harga susulan penarikan subsidi diesel pada 2024 telah membantu menenangkan sentimen rakyat,” jelas kenyataan itu lagi.
Di peringkat antarabangsa,kepimpinan Datuk Seri Anwar turut mencuri tumpuan apabila beliau menjadi tuan rumah kepada Presiden China,Xi Jinping,serta mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025,sekali gus meningkatkan profil diplomatik Malaysia.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur