2025-06-24 HaiPress

Datuk Noorzunita Begum
SEREMBAN,23 Jun- Keupayaan para bapa dalam keadaan 'bersedia' untuk mendepani cabaran ekonomi,beban kerja berganda serta tekanan sosial,menuntut golongan itu untuk lebih dihargai dan didengari.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita,Keluarga & Masyarakat Negeri Sembilan,Datuk Noorzunita Begum berkata,berdasarkan Tinjauan Pendapat Hari Bapa dan Kajian Keluarga Kebangsaan 2024 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),cabaran kesihatan mental,keseimbangan hidup dan keperluan sokongan emosi kini menjadi perkara utama yang perlu ditangani bersama.
Justeru pemilihan tema 'Ayahku Kapten Keluarga' bertepatan dengan cabaran dan dinamik kehidupan moden bersempena dengan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2025.
"Sebagai contoh62.2 peratus menyatakanmasa bersama keluarga amat terhadkerana kekangan waktu bekerja malah hampir 39 peratus perlu melakukandua pekerjaan.
"Ini bukan sahaja memberi kesan kepadakesejahteraan fizikaltetapi juga menjejaskan emosi dalam keluarga.Justeruperanan seorang ayah dalam era inisemakin memerlukan sokongandari segi dasardan program-program yang inklusifdan responsif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2025 yang diadakan di Lembaga Muzium Negeri Sembilan,di sini.
Program yang dianjurkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan merupakan serampang dua mata dalam menghargai golongan bapa sekali gus memupuk semangat kekeluargaan.
Kerajaan Negeri Sembilan juga terus menyokong penuh program-program anjuran LPPKN melalui agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan pelaksanaan sebanyak 32 program kekeluargaan,kesihatan dan bimbingan kaunseling keluarga melalui kerjasama rentas agensi.
Ia bagi membantu para bapa dari segi sokongan kesihatan mental untuk mendepani cabaran dalam menerajui keluarga.
Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI),SMARTSTART 2.0,Keluarga@Kerja dan Keibubapaan Digital adalah bukti kesungguhan LPPKN dalam membina ekosistem keluarga sihat,stabil dan berdaya tahan,merangkumi aspek reproduktif,psikososial dan komunikasi kekeluargaan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur