2025-06-24 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri bagi meneliti kerangka dan inisiatif utama RMK13
KUALA LUMPUR,23 Jun- Kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bergantung kepada penyelarasan kemas serta kesiapsiagaan setiap kementerian dan agensi kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa setiap jentera pentadbiran perlu bergerak dengan semangat sederap dan seragam sebagai satu pasukan negara.
Perkara itu bagi memastikan setiap jentera kerajaan memahani peranan dalam melaksanakan dasar yang berpijak pada realiti dan tuntutan masa depan ini.
"RMK13 dirangka hasil perbincangan berterusan antara kementerian,agensi pusat dan kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.
"Dokumen penting yang akan membentuk hala tuju pembangunan negara untuk tempoh lima tahun ini bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada hujung bulan depan," menurut hantaran itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri bagi meneliti kerangka dan inisiatif utama RMK13 hari ini.
Pada mesyuarat tersebut,Datuk Seri Anwar turut memberi ruang kepada semua menteri dan pengurusan tertinggi kementerian untuk menyumbang idea serta cadangan dalam usaha mempertajam pelaksanaan RMK13.
"RMK13 adalah kesinambungan kepada pembaharuan yang telah digerakkan oleh Kerajaan MADANI sejak dua tahun lalu,berteraskan aspirasi Ekonomi MADANI untuk menyusun semula struktur ekonomi,mengangkat darjat,harkat dan martabat rakyat serta membina negara yang lebih adil,mampan dan berdaya tahan," tambah kenyataan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur