2025-06-24 HaiPress

Foto hiasan
KEMAMAN,23 Jun - Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) petang tadi.
Kemalangan dikatakan berlaku apabila motosikal mangsa dirempuh MPV terbabit dan menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau,mangsa,42,bertugas di Unit Siasatan Jenayah Komersial,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Ketika kejadian,mangsa dalam perjalanan dari IPD Kemaman ke Kampung Mak Chili kira-kira pukul 1.33 petang.
Sejurus tiba di lokasi kejadian di satu simpang empat,MPV yang dipandu seorang wanita berusia 59 tahun dari simpang sebelah kanan jalan dikatakan keluar dari simpang tersebut secara tiba-tiba.
Sebelum melanggar motosikal mangsa menyebabkan anggota polis terbabit terbabas dan tercampak ke dalam longkang berkenaan.
Sepasukan sebelas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan ambulan dari unit EMRS berjaya mengeluarkan mangsa dan telah memberi rawatan awal.
Mangsa dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Kes akan disiasat di bawah seksyen 43 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur