2025-06-24 IDOPRESS

Foto hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Jun- Misi perdagangan rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke Jepun sempena Ekspo 2025 Osaka dijangka mampu menjana potensi pelaburan dan jualan bernilai RM51 juta.
Menurut KUSKOP dalam kenyataan,misi itu adalah sebahagian usaha strategik kementerian itu untuk memperkukuh kehadiran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di pasaran antarabangsa khususnya di Jepun.
Setakat ini menurut KUSKOP sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MoU) berjaya dimeterai empat syarikat Malaysia dengan tujuh syarikat Jepun bernilai RM10.3 juta.
“Dalam pada itu juga,sebanyak 10 syarikat PKS Malaysia turut melancarkan produk mereka sempena perasmian Minggu KUSKOP di Pavilion Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Delegasi KUSKOP disertai agensi di bawah kementerian itu terdiri daripada SME Bank,SME Corp. Malaysia,Perbadanan Nasional Berhad,Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan 39 syarikat PKS serta lima koperasi dari pelbagai sektor.
Kemuncak misi adalah penganjuran Minggu KUSKOP di Pavilion Malaysia bermula dari semalam hingga 28 Jun ini yang mengetengahkan tema Health and Well-being sejajar aspirasi memperkenalkan produk dan perkhidmatan tempatan dalam sektor kesihatan,gaya hidup sihat dan kesejahteraan,menurut kenyataan itu.
“KUSKOP sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya untuk mengangkat syarikat-syarikat PKS Malaysia ke peringkat global dengan meneroka secara agresif serta merebut peluang perniagaan strategik di Jepun dan rantau Asia Timur,” menurut kenyataan itu.
Sepanjang misi perdagangan itu,delegasi KUSKOP turut mengadakan perjumpaan bersama Dewan Perniagaan dan Industri Osaka dan pemain industri lain bagi memperluas peluang kolaborasi perniagaan.
“Pelaksanaan misi perdagangan ini selari dengan hasrat Malaysia MADANI yang menekankan kelestarian,pembangunan inklusif dan kesejahteraan melalui pengukuhan hubungan ekonomi antarabangsa,” menurut kementerian itu.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur