2025-06-24 IDOPRESS

Foto APM PERLIS
KANGAR,24 Jun- Sebanyak sembilan buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin serta struktur rumah yang rosak susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira pukul 8.00 malam tadi.
Sehingga 9.30 pagi ini,kawasan terlibat ialah masing-masing dua buah di kawasan Wang Bintong,Ulu Pauh dan Behor Temak serta masing-masing sebuah di Sungai Berembang,Teluk Jambu dan Kota Kayang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif,Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor,pihaknya turun ke lokasi sebaik kejadian berlaku menerusi maklumat diperolehi daripada pengurusan masjid di setiap kawasan terjejas.
"MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menyelaras serta mengemas kini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.
"Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan berserta gambar kejadian kepada JKM untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur