2025-06-24 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 Jun- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan Switzerland,Norway,Iceland dan Liechtenstein.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan,selainPerjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (MEEPA),Putrajaya dan negara anggota EFTA turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dan pembangunan kapasiti serta kenyataan bersama berhubung minyak sawit lestari.
"Sebagai sebuah negara perdagangan,Malaysia perlu mengekalkan pendirian neutral dan berkecuali,terutamanya dalam keadaan geopolitik tidak menentu ketika ini yang merumitkan landskap perdagangan global.
''Sebagai FTA pertama Malaysia dengan beberapa negara Eropah,MEEPA dijangka mempercepat rundingan FTA Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) serta membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),selain menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat,'' menurut kenyataan itu.
Beliau memeterai perjanjian MEEPA di Tromsø,bersama Menteri Perdagangan dan Industri Norway Cecilie Terese Myrseth,Menteri Kewangan dan Hal Ehwal Ekonomi Iceland,Daði Már Kristófersson,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negara,Alam Sekitar dan Kebudayaan Liechtenstein,Sabine Monauni dan Naib Presiden dan Ahli Majlis Persekutuan Switzerland,Guy Parmelin.
Tahun lalu,jumlah perdagangan Malaysia dengan negara EFTA mencecah RM14.4 bilion,dengan Switzerland pula menyumbang lebih RM12.2 bilion,diikuti Norway sebanyak RM2.1 bilion.
Dari segi pelaburan,Switzerland,Norway dan Liechtenstein telah melabur sebanyak RM14.2 bilion di Malaysia dan mewujudkan lebih 24,000 pekerjaan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur