2025-06-25 HaiPress

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak,Datu Awg Suhaili Ledi
KUCHING,25 Jun- Kes penceraian kekal mencatat jumlah tertinggi dalam senarai perbicaraan Mahkamah Syariah Sarawak,menjadikannya fokus utama dalam pengurusan kehakiman negeri itu..
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak,Datu Awg Suhaili Ledi berkata,trend peningkatan tersebut turut melibatkan kes susulan seperti hak penjagaan anak,menunjukkan keperluan terhadap sistem yang lebih cekap dan telus dalam mengurus isu kekeluargaan.
“Kes penceraian masih mendominasi carta kes yang kami kendalikan. Bila ada penceraian,akan menyusul pula isu hak jagaan anak dan sebagainya. Ini menuntut sistem yang bukan sahaja pantas,tapi telus serta mudah diakses oleh semua pihak terlibat,” katanya.
Jelas beliau,pelaksanaan sistem digital i-Syariah memberi impak besar dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan kehakiman,termasuk merekod data kes secara tepat dan mengurangkan risiko manipulasi maklumat.
“Contohnya,jika salah satu pihak berada di Lawas manakala hakim di Kuching,i-Syariah membolehkan proses perbicaraan tetap dapat dijalankan tanpa perlu hadir secara fizikal. Ini mempercepatkan urusan dan mengurangkan beban pihak-pihak terlibat,” ujarnya.
Berdasarkan perbandingan data tahun ini dan tahun lalu,jumlah keseluruhan kes jenayah,sivil dan undang-undang di Mahkamah Syariah Sarawak menunjukkan peningkatan kecil namun terkawal.
Tambahnya,pendekatan pengurusan kes secara menyeluruh dan integrasi sistem digital menjadi kunci utama dalam mengekalkan kelancaran perkhidmatan kehakiman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Syariah Kebangsaan Sarawak (KoSKes) di Kuching.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur