2025-06-25 HaiPress

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan tanah melibatkan Hotel Seri Pacific dipindah milik kepada UMNO / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Jun – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu negara,yang menempatkan Hotel Seri Pacific,dipindah milik dan didaftarkan atas nama UMNO.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Roz Mawar Rozain selepas peguam UMNO,Datuk Mohd Hafarizam Harun,memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu persetujuan penyelesaian telah dicapai antara pihaknya dan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan bagi melaksanakan proses pemindahan hak milik.
Menurut penghakiman persetujuan,hartanah yang beralamat di Geran 78154,Lot 40 Seksyen 51,Bandar Kuala Lumpur sebelum ini didaftarkan atas nama empat tokoh iaitu Tun Daim Zainuddin,Tun Musa Hitam,Tun Dr. Mahathir Mohamad,dan Tan Sri Sanusi Junid,selaku pemegang amanah. Namun begitu,pemilikan itu disahkan sebagai bagi pihak dan kepentingan UMNO.
“Hartanah itu kini diperintahkan dipindah milik dan didaftarkan atas nama UMNO selaras dengan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966. Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu melaksanakan pendaftaran tersebut dalam tempoh 30 hari,” kata Hakim Roz Mawar.
Ketika ditemui pemberita,Mohd Hafarizam mengesahkan tanah yang dimaksudkan adalah premis Hotel Seri Pacific,dan keputusan mahkamah hari ini menyelesaikan sepenuhnya segala isu berkaitan pemindahan hak milik hartanah berkenaan.
“Mahkamah memberikan perintah berdasarkan permohonan kami dan persetujuan daripada PTG,supaya hak milik tanah berkenaan dipindahkan daripada empat pemegang amanah terdahulu kepada UMNO,” jelas beliau.
Katanya lagi,keputusan itu juga sekali gus menamatkan polemik mengenai keengganan pemegang amanah terdahulu menandatangani dokumen pemindahan,yang kini dianggap tidak lagi relevan.
Terdahulu,pada 6 Mac lalu,Setiausaha Kerja UMNO,Datuk Mohd Sumali Reduan,memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan,memohon agar pemilikan hartanah tersebut dipindahkan secara rasmi kepada parti itu.
Dalam tuntutannya,UMNO menyatakan bahawa tanah tersebut perlu didaftarkan semula atas nama parti,berdasarkan Fasal 27.1 Perlembagaan UMNO dan peruntukan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.
Mohd Sumali dalam afidavitnya turut memaklumkan,pemindahan hak milik itu telah dipersetujui melalui Borang Jadual 17 bertarikh 27 Oktober 2015 serta disokong oleh Surat Akuan bertarikh 22 Oktober 2015,yang ditandatangani keempat-empat pemegang amanah.
Bagaimanapun,dua daripada pemegang amanah tersebut,Tan Sri Sanusi Junid dan Tun Daim Zainuddin,masing-masing telah meninggal dunia pada tahun 2018 dan 2024.
UMNO juga mengemukakan Surat Akuan bertarikh 10 Disember 2015 yang ditandatangani oleh Presiden,Timbalan Presiden,dan Setiausaha Agung parti,menyatakan persetujuan agar hartanah berkenaan didaftarkan semula atas nama UMNO.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur