2025-06-25 HaiPress

Foto RTM
LABUAN,25 Jun - Satu Operasi Penguatkuasaan bersepadu dijalankan ke atas sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan di Lapangan Terbang Labuan,semalam.
Pemeriksaan mendapati,seramai 20 pekerja dibayar gaji bawah paras minimum Seksyen 43,Perintah Gaji Minimum Pindaan 2024.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM),Kamal Pardi berkata,ia satu kesalahan di bawah Akta Perintah Gaji Minimum dan Akta Kerja 1955.
Ini kerana,setiap pekerja pembersihan berkenaan,hanya dibayar 1,400 hingga 1,500 ringgit sebulan dengan kiraan bayaran sejam sebanyak 7 ringgit 41 sen,kurang daripada Perintah Gaji Minimum yang ditetapkan sebanyak 1,700 ringgit bagi setiap pekerja.
Jika didapati bersalah,majikan boleh didenda sebanyak 10,000 ringgit bagi setiap pekerja.
"Pihak kami telah merakam percakapan pekerja-pekerja terlibat dan selanjutnya pihak kami akan memanggil pihak majikan dan kita akan mengambil tindakan di bawah Perintah Gaji Minimum terutamanya untuk tujuan pendakwaan kepada pihak majikan kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum yang ditetapkan" katanya.
Tambahnya JTKSM akan melaksana penguatkuasaan secara konsisten agar kebajikan pekerja tempatan mahupun asing terpelihara dan keharmonian perburuhan negara terus diperkasa.
Dalam operasi sama,lapan premis majikan dan 51 pekerja tempatan dan seorang pekerja asing diperiksa dengan kerjasama jabatan dan agensi penguatkuasaan lain.
Tambahnya,sejak dilancarkan rata-rata majikan di seluruh negara mematuhi perintah pelaksanaan gaji minimum yang telah ditetapkan kerajaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur