2025-06-25 HaiPress

Antara inisiatif lain yang diumumkan dalam mesyuarat Majlis Benih Negara termasuk pembangunan keturunan tulen ayam pedaging dan penelur tempatan serta pengkomersialan baka Ayam Saga / MARDI
KUALA LUMPUR,25 Jun- Mesyuarat Majlis Benih Negara semalam memutuskan penubuhan Majlis Penasihat yang dianggotai pelbagai pakar sebagai langkah strategik memperkukuh keterjaminan bekalan benih negara.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu itu turut memberi mandat kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai peneraju Hab Benih Negara.
Antara inisiatif lain yang diumumkan termasuk pembangunan keturunan tulen ayam pedaging dan penelur tempatan serta pengkomersialan baka Ayam Saga.
Dalam kenyataan menerusi hantaran di Facebook,Datuk Seri Mohamad memaklumkan,Malaysia masih bergantung hampir sepenuhnya kepada benih import,termasuk 90 peratus benih sayur dan tembikai bernilai RM2.7 juta.
“Ini satu cabaran besar yang mesti kita tangani bersama demi masa depan keterjaminan makanan negara,” katanya.
Beliau turut menegaskan Agenda Keterjaminan Benih Negara bukan sekadar penting untuk industri agromakanan,sebaliknya menjadi teras utama kepada kedaulatan dan keselamatan negara.
“Kita perlu hasilkan benih tempatan yang berkualiti,tahan lasak dan mampu memenuhi keperluan rakyat,” katanya.
Beliau optimis pelaksanaan agenda tersebut mampu membawa Malaysia ke arah kemandirian dalam sektor benih tempatan.
“Ini bukan soal pertanian semata-mata. Ini soal kedaulatan dan masa depan negara,” tegas beliau.
FOTO FB Mohamad SabuSultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur