2025-06-25 HaiPress

FOTO Polis Daerah Ampang Jaya Page
KUALA LUMPUR,25 Jun- Seorang buruh warga asing ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 20.85 kilogram dalam serbuan di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati,Ampang,pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Azam Ismail berkata,lelaki berusia 50 tahun itu diberkas ketika sedang berjalan kaki di lokasi berkenaan pada pukul 12.35 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan terhadap beg yang dibawa suspek menemukan 20 peket plastik lut sinar berisi dadah disyaki methamphetamine (syabu).
“Saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine,namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Dia dipercayai telah menetap di negara ini sejak 10 tahun lalu,” katanya.
Mohd Azam berkata,dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM80,000 dan mampu menampung keperluan lebih 20,000 penagih,khususnya di kawasan Lembah Klang.
Suspek kini direman sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur