2025-06-25 HaiPress

10 Memorandum Persefahaman (MoU),Surat Hasrat dan Pertukaran Nota dimeterai antara Malaysia dan Republik Kyrgyz / Foto RTM
PUTRAJAYA,25 Jun - 10 Memorandum Persefahaman (MoU),Surat Hasrat dan Pertukaran Nota dimeterai antara Malaysia dan Republik Kyrgyz bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Majlis pemeteraian dimulakan dengan kerjasama antara Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hassan dan tiga Menteri dari Republik Kyrgyz,melibatkan tiga MoU,satu Surat Hasrat dan dua Pertukaran Nota.
Tiga MoU tersebut merangkumi bidang pelancongan,transformasi digital dan keselamatan siber,serta kerjasama antara KYRGYZ EXPORT dan MATRADE.
Surat Hasrat pula membabitkan bantuan undang-undang bersama dalam isu jenayah,manakala dua Pertukaran Nota melibatkan kerjasama dalam latihan diplomat dan pembangunan belia.
Majlis turut menyaksikan pertukaran MoU dalam bidang pendidikan antara Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sains,Pendidikan Tinggi dan Inovasi Kyrgyz,Baktyiar Orozon.
Selain itu,MoU dalam bidang kesihatan turut ditandatangani antara Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad dan Menteri Kesihatan Kyrgyz,Erkin Checheibaev.
Satu lagi MoU dimeterai antara Institut Kebangsaan Inisiatif Strategik Kyrgyz dan Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa Malaysia.
Turut dimeterai,MoU antara Dewan Perdagangan dan Perindustrian Negara Malaysia dan Dewan Perdagangan dan Industri Kyrgyz.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur