2025-06-25 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Jun-Kerajaan mengumumkan skim insentif cukai baharu sebagai usaha memperkukuh ekosistem modal teroka,sekali gus merangsang pertumbuhan syarikat pemula tempatan.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata insentif baharu itu melibatkan kadar cukai konsensi 5 peratus kepada entiti yang layak,dan 10 peratus kadar cukai kepada syarikat pengurusan modal teroka serta ekuiti persendirian.
"Skim insentif cukai baharu melibatkan kadar cukai konsensi 5 peratus untuk tempoh 10 tahun kepada entiti yang layak,dimana sekurang-kurangnya 20 peratus dana mereka dilaburkan kepada syarikat pemula tempatan.
"Manakala,10 peratus kadar cukai untuk syarikat pengurusan modal teroka serta entiti persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti,tertakluk kepada syarat ditetapkan," katanya.
Datuk Seri Amir Hamzah mengumumkannya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Pengurus Dana Baharu 'Jelawang Capital' di sini.
Dengan peluasan skim insentif kepada struktur Perkongsian Liabiliti Terhad itu,dapat memperkukuhkan asas pelabur dalam mendalami kumpulan modal tersedia buat syarikat-syarikat pemula.
Sejajar dengan pengumuman skim insentif cukai baharu tersebut,Datuk Seri Amir Hamzah turut memaklumkan Bank Negara Malaysia akan menyediakan proses permohonan yang lebih cekap dan mesra pelabur,selari dengan Polisi Tukaran Asing (FEP).
"Modal Teroka dan Entiti Persendirian kini boleh membuat permohonan berdasarkan saiz mandat dana mereka berbanding sebelum ini berdasarkan setiap transaksi,bertujuan pengumpulan dana rentas sempadan serta pelaburan yang melebihi standard FEP," jelasnya lagi.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur