2025-06-25 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,24 Jun- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan untuk tempoh beberapa bulan akan datang,seperti digambarkan oleh Indeks Pelopor (IP) yang memberi petunjuk awal perubahan dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi bagi tempoh terdekat.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,IP bagi April 2025 mengekalkan pertumbuhan tahunannya yang positif pada kadar 0.5 peratus untuk mencatatkan 113.6 mata berbanding 113.0 mata,bulan yang sama tahun sebelumnya.
''Peningkatan dua angka dalam Import Benar Semi Konduktor (27.2 peratus) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (24.1 peratus) menyumbang kepada pertumbuhan ini,walaupun empat komponen lain menunjukkan penurunan.
''Selaras dengan itu,prestasi bulanan IP mencatatkan peningkatan bagi bulan kedua berturut-turut dengan 0.8 peratus,disokong oleh kenaikan 0.5 peratus dalam Bilangan Syarikat Baru Didaftar,'' katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kadar pertumbuhan IP yang kekal berada di bawah 100.0 mata mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang berdaya tahan,disokong oleh pasaran buruh yang positif dan permintaan domestik yang berterusan.
Asas-asas itu diperkukuhkan lagi oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah dan corak penggunaan yang menggalakkan.
''Prestasi ekonomi semasa,Indeks Serentak (IS) pula mencatatkan peningkatan tahunan sebanyak 1.0 peratus,mencecah 126.7 mata pada April 2025 berbanding 125.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pertumbuhan berkenaan didorong oleh peningkatan lima daripada enam komponen terutamanya Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan (3.4 peratus),'' tambahnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur