2025-06-25 IDOPRESS

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,24 Jun - Peranan berterusan Qatar dalam rundingan genjatan senjata antara Iran,Israel dan Amerika Syarikat (AS) berjaya meredakan ketegangan serta mengelakkan pertembungan dan konflik yang lebih besar di rantau Asia Barat.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,rundingan yang jujur serta menghormati hak setiap negara adalah syarat mutlak ke arah membina keamanan yang berpanjangan di rantau ini dan seluruh dunia.
"Saya turut berhubung dengan Emir Qatar,Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani petang tadi. Saya merakamkan penghargaan atas peranan penting beliau dalam memeterai gencatan senjata antara Iran,Israel dan Amerika Syarikat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Datuk Seri Anwar,Sheikh Tamim turut memaklumkan bahawa meskipun Qatar berada dalam kedudukan sukar tatkala turut terheret dalam konflik ini,beliau memilih untuk melihat gambaran yang lebih besar demi keamanan serantau.
"Saya menghargai ketegasan dan keikhlasan beliau dalam mendukung usaha perdamaian ini,termasuk peranan berterusan Qatar dalam rundingan gencatan senjata antara Palestin dan Israel," ujarnya.
Dalam perbualan tersebut,Sheikh Tamim juga memberitahu bahawa beliau telah berhubung dengan Presiden Trump dan berbicara mengenai usaha damai ini.
"Beliau menggunakan kesempatan itu untuk menggesa AS menumpukan usaha ke arah menghentikan genosid di Gaza serta mewujudkan perdamaian yang adil dan berkekalan," tambahnya.
Tegas Datuk Seri Anwar,Malaysia akan terus menyokong segala ikhtiar ke arah penyelesaian damai yang berteraskan prinsip keadilan dan kedaulatan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur