2025-06-25 IDOPRESS

Foto fail
MELAKA,25 Jun - Kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan berusaha mendapatkan akses kepada catatan,surat dan dokumen bersejarah yang penting untuk Melaka dan Malaysia,yang kini berada di pelbagai negara.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagi merealisasikan hasrat itu,kerajaan negeri akan memeterai nota kerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia,Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara.
Beliau berkata akses itu termasuk dokumen memaparkan kisah Panglima Awang dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebelum abad ke-15.
"Saya bersama delegasi kerajaan negeri meneruskan lawatan kerja rasmi ke Belanda bagi meneliti sendiri pelbagai catatan,surat dan dokumen bersejarah yang sangat bermakna buat Melaka dan negara kita.
"Penemuan ini mengesahkan bahawa Panglima Awang (Enrique de Malacca),anak jati Melaka,ialah individu pertama dari rantau ini yang berjaya mengelilingi dunia pada abad ke-16," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya,semalam.
Menurut Ab Rauf,sekitar 1495 hingga 1500,nama Panglima Awang direkodkan sebagai kru dan jurubahasa penting dalam pelayaran Ferdinand Magellan.
Beliau berkata penemuan itu bukan sekadar mengangkat satu nama tetapi memberi makna baharu kepada sejarah Melaka,menghidupkan kembali satu naratif penting yang mungkin pernah tersisih atau tersasar.
Ab Rauf berkata sudah tiba masanya untuk meluruskan semula sejarah,menghidupkan warisan kegemilangan serta memperkenalkan Panglima Awang sebagai ikon pelayaran,simbol keberanian,kebijaksanaan dan identiti maritim Melaka yang sebenar.
Selain itu,beliau berkata kerajaan negeri menerusi Perzim juga bercadang membangunkan platform digital melibatkan inventori dokumen sejarah negeri itu.
Katanya,platform digital itu akan dibangunkan dengan kerjasama bersama beberapa agensi kerajaan Persekutuan bertujuan menghimpunkan bahan-bahan berharga berkenaan agar dapat diakses dan dimanfaatkan oleh semua,khususnya generasi akan datang. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur