2025-06-25 IDOPRESS

Jurubahasa RTM Tan Lee Bee
KUALA LUMPUR,25 Jun - Di sebalik transformasi besar dalam bilik berita Radio Televeisyen Malaysia (RTM),peranan jurubahasa turut diperkasa seiring kemajuan teknologi penyiaran.
Jurubahasa RTM Tan Lee Bee berkata,perubahan tersebut bukan sahaja memudahkan tugas profesional sepertinya,malah mencerminkan komitmen RTM bagi memastikan semua lapisan masyarakat,termasuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran,dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau yang telah berkhidmat sebagai jurubahasa berita sejak tahun 1994,turut berkongsi permulaan kerjayanya sebelum peranan jurubahasa diberi pengiktirafan lebih meluas dalam penyiaran arus perdana.
"Dulu,masa saya mula-mula masuk,ruang skrin untuk jurubahasa sangat kecil. Kini,ia sudah jauh lebih besar. Dahulu dalam bentuk empat segi dan berbingkai,tetapi sekarang tanpa bingkai langsung. Perubahan ini memberi lebih ruang serta tumpuan kepada penyampai dan jurubahasa," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Kota Media,Angkasapuri.
Bagi Tan Lee Bee perubahan teknologi bukan sahaja memudahkan tugas,malah meningkatkan kualiti penterjemahan isyarat secara langsung di televisyen.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur