2025-06-25 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Jun- Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan pendirian neutral terhadap sektor minyak dan gas Malaysia dengan unjuran purata harga minyak mentah Brent tidak berubah pada AS$67 dolar setong untuk tahun 2025.
Bagaimanapun,gangguan bekalan minyak yang akan mendorong kenaikan terhadap unjuran harga minyak mentah Brent boleh berlaku,sekiranya Iran meneruskan cadangan penutupan Selat Hormuz.
''Harga minyak mentah mungkin meningkat dalam jangka masa pendek,bergantung kepada tempoh sekatan itu berlangsung.
''Dalam konflik sebelum ini,harga minyak tidak kekal tinggi untuk tempoh yang lama kerana tiada gangguan bekalan yang berlaku.
''Iran yang turut mengeksport minyak menerusi laluan itu,berpotensi menjejaskan ekonominya sendiri,menyebabkan pengasingan diplomatik dan mengundang tindakan balas,sekiranya penutupan Selat Hormuz benar-benar berlaku,'' jelas Maybank IB dalam nota penyelidikannya hari ini.
Bank pelaburan itu memaklumkan,Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepenuhnya kepada aktiviti perkapalan,walaupun berdepan pelbagai ketegangan pada masa lalu.
Selat ini mengendalikan kira-kira 20 peratus daripada transit minyak dunia dan sekitar 25 hingga 30 peratus eksport gas asli cecair (LNG) global.
Ia merupakan laluan penting kepada negara-negara seperti Arab Saudi,Emiriah Arab Bersatu (UAE),Iran,Kuwait,Iraq dan Qatar untuk tujuan eksport minyak dan gas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur