2025-06-25 IDOPRESS

Foto hiasan
PUTRAJAYA,25 Jun - Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM51.5 bilion pada tahun 2024,meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata,jumlah pendapatan yang diperoleh oleh syarikat asing di negara ini,meningkat kepada RM99.8 bilion,berbanding RM88.4 bilion pada tahun 2023.
''Ini terutama dalam pendapatan bagi ekuiti & dana pelaburan saham berjumlah RM95.9 bilion dan faedah RM3.9 bilion,'' menurut DOSM.
Pada akhir tempoh 2024,kedudukan kumulatif FDI berjumlah RM995.5 bilion berbanding RM924.0 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.
Sektor Perkhidmatan menyumbang aliran masuk FDI tertinggi berjumlah RM39.4 bilion,diikuti sektor pembuatan sebanyak RM9.1 bilion.
Sebaliknya,sektor pembuatan menjana pendapatan FDI tertinggi dengan nilai RM54.6 bilion,diikuti perkhidmatan.
"Dari sudut geografi,aliran FDI terbesar pada tahun 2024 adalah dari rantau Asia berjumlah RM50.3 bilion,dengan Singapura dan Hong Kong merupakan sumber utama," kata kenyataan itu.
Sementara itu,Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) merekodkan aliran keluar lebih tinggi berjumlah RM33.9 bilion pada 2024,berbanding RM30.1 billion pada 2023.
Kedudukan DIA menyusut kepada RM622.1 billion pada akhir 2024 daripada RM638.8 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. Manakala pendapatan meningkat kepada RM43.2 bilion berbanding RM40.9 bilion.
Aliran keluar DIA dilaburkan terutamanya di Singapura (RM11.0 bilion),Indonesia (RM8.6 bilion) dan Kepulauan Cayman (RM4.0 bilion) pada 2024.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur