2025-06-27 HaiPress

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia,Md Shameem Ahsan
KUALA LUMPUR,26 Jun- Bangladesh menyatakan hasrat yang kukuh untuk menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN,sebagai langkah strategik ke arah keanggotaan penuh dalam organisasi serantau tersebut,kata Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia,Md Shameem Ahsan.
“Memang benar bahawa Bangladesh bukan ahli ASEAN,tetapi kami berhasrat untuk menjadi rakan dialog sektoral dan itu merupakan satu permulaan yang baik.
“Mungkin suatu hari nanti kami dapat menyertai ASEAN sebagai ahli penuh,dan itu akan membawa manfaat bukan sahaja kepada Bangladesh tetapi juga kepada negara-negara lain,” katanya kepada media selepas merasmikan Festival Bangladesh di sini hari ini.
Beliau menegaskan bahawa Bangladesh mempunyai potensi besar untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara ASEAN,memandangkan Bangladesh adalah negara jiran dan juga ahli Forum Serantau ASEAN (ARF).
Dalam masa sama,Ahsan memuji Malaysia,sebagai Pengerusi ASEAN,kerana memainkan peranan berkesan dalam memujuk Myanmar supaya memulangkan rakyatnya ke negara asal,menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab besar.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana memegang jawatan Pengerusi ASEAN. Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat besar,dan saya percaya kedudukan ini memberikan Malaysia lebih fleksibiliti untuk menegaskan keutamaan dasar luar negaranya.
“Bagi pihak Bangladesh,kami mempunyai banyak isu berkepentingan bersama,termasuk isu pelarian Rohingya. Kami kini menempatkan seramai 1.2 juta pelarian Rohingya,manakala Malaysia turut menempatkan hampir 200,000 pelarian.
“Kedua-dua negara adalah pemegang kepentingan utama dalam isu Rohingya,dan saya percaya bahawa Malaysia,berada dalam kedudukan yang baik untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memujuk Myanmar supaya menerima kembali rakyatnya,” katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur