2025-06-27 HaiPress

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Saidina Abu Bakar (Tokoh al-Riduan) kepada tokoh ilmuan Islam dan perundangan terkenal iaitu Almarhumah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang diwakili Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kiri) yang juga anak kepada Almarhumah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Perak/ BERNAMA
IPOH,27- Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek,Allahyarhamah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor antara penerima anugerah sempena sambutan Maal Hijrah Negeri Perak 1447 Hijrah.
Allahyarhamah menerimaAnugerah Saidina Abu Bakar (Tokoh al-Riduan) diwakili anaknya,Fadhlina Sidek dalam majlis penyampaian anugerah oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Shah di Casuarina,Ipoh semalam.
Fadhlina berkata,anugerah yang diterima menjadi penanda kepada beberapa perjuangan penting dalam kehidupan ibunya sepanjang karier beliau.
"Pertama adalah segmen pendidik kerana beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),yang kedua adalah segmen pejuang dan pembela undang- undang Islam,undang undang syariah di Malaysia kerana itu adalah kepakaran beliau dan ketiga adalah segmen pemberdayaan wanita dalam semua aspek," kata Fadhlina.
Sementara itu,personaliti agama Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman pula dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1447H.
Beliau yang pernah dinobat sebagai Johan Tilawah Antarabangsa serta Kebangsaan sebelum ini bersyukur dan terharu dengan penganugerahan itu.
"Tokoh Maal Hijrah ini adalah satu pengiktirafan supaya orang nampak bahawa besarnya keagungan al-Quran. Kalau kita angkat dengan seikhlas hati kita tak payah kita suruh orang Allah sendiri yang akan angkat martabat seseorang itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Antara anugerah lain yang disampaikan ialah Anugerah Siti Khadijah (Tokoh Wanita) yang diterima oleh Robiah Kulop Hamzah; Anugerah Saidina Ali (Tokoh Belia) pula kepada Muhammad Firdaus Mohamad Suki.
Sementara itu Anugerah Ikon Asnaf diterima Norzita Hamid; Anugerah Al - Quba (Pengurusan Masjid terbaik) diterima Masjid Nurussalam Batu 4 Gerik dan Anugerah Al-Baqi (Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Terbaik) untuk Tanah Perkuburan Masjid Asy- Syakirin,Sungai Setar,Parit Buntar Perak.
Selain itu,Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Khas kepada Rafaa Ahmad Muneer dari Alor Pongsu atas pencapaian dalam pertandingan pidato dan hafizah al-Quran dari Sekolah Kebangsaan Agama Kerian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur