2025-06-27 HaiPress

Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman (dua dari kiri) menerima pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang daripada Tengku Arif Bendahara,Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
KUANTAN,27 Jun- Mantan Mufti Negeri Pahang,Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman,dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang.
Pengiktirafan itu diberikan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang disempurnakan oleh Tengku Arif Bendahara,Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah.
"Saya juga tidak lupa akan nasihat dan kerjasama yang amat baik daripada kerajaan negeri serta semua pihak. Sepanjang kami bertugas di Jabatan Mufti Negeri Pahang,kami diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak.
Justeru,saya merasakan bahawa jawatan mufti ini benar-benar tertakluk dan patuh di bawah naungan Ketua Agama Islam negeri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang," kata beliau kepada pemberita,hari ini.
Datuk Seri Dr. Abdul Rahman telah berkhidmat selama 42 tahun dalam perkhidmatan awam negeri,pernah memegang jawatan sebagai Mufti Negeri Pahang selama 16 tahun sebelum bersara.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1982 di beberapa buah Sekolah Menengah Agama (SMA) iaitu SMA Pulau Tawar,Jerantut,SMA Ihsan,Kuantan dan Sekolah Menengah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar,Pekan.
Selepas itu,beliau dilantik sebagai kadi di Cameron Highlands,Temerloh dan Kuantan sebelum menjawat jawatan Timbalan Mufti Pahang selama lapan tahun.
Dalam majlis itu,beliau menerima wang tunai RM10,000,trofi dan sijil penghargaan.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang,Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta Mufti Negeri Pahang,Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur