2025-06-27 HaiPress

Foto hiasan / RTM
KUALA LUMPUR,27 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa agama Islam tidak wajar dijadikan alat politik kepartian,sebaliknya pemimpin digesa mengurus tadbir negara dengan berpaksikan nilai dan ajaran Islam yang sebenar.
Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M,yang berlangsung hari ini.
“Saya ingin mengingatkan agar pemimpin masyarakat tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi.
"Sebaliknya,politiklah dengan nilai Islam demi kepentingan negara,” titah baginda.
Agong turut menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir pihak menyalakan api permusuhan atas nama kaum dan agama,yang disifatkan boleh menggugat keamanan serta perpaduan negara.
Baginda juga menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan,yang menjadi asas sistem negara,telah menetapkan nilai keadilan,kuasa yang seimbang dan semangat permuafakatan yang perlu dihormati dan dipertahankan oleh semua pihak.
“Jangan ada pihak yang memperalatkan agama untuk kepentingan parti atau menyebarkan fitnah dan kebencian yang akhirnya memecahbelahkan masyarakat,” titah baginda lagi.
Dalam pada itu,Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa pentas dakwah dan medan pengajaran agama tidak seharusnya dijadikan saluran untuk membawa agenda politik kepartian,sebaliknya harus kekal sebagai wahana memperkukuh akidah,perpaduan dan nilai kemanusiaan.
Pada perkembangan sama,Sultan Ibrahim turut menyeru anggota pentadbiran negara agar mencontohi dan meneladani kepimpinan yang dipamerkan Rasulullah.
“Saya juga menyeru anggota pentadbiran dan kepimpinan negara supaya mencontohi Rasulullah SAW yang berhikmah,adil dan tidak menzalimi yang lemah.
“Marilah kita berganding bahu dalam membina sebuah negara yang berjaya bukan hanya di mata dunia tetapi juga diberkati Allah,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M yang berlangsung di ibu negara.
Sultan Ibrahim turut menyeru agar semua umat Islam memahami tanggungjawab untuk membina tamadun yang berterasman nilai-nilai Islam dan tidak hanya bersandarkan pembangunan fizikal semata-mata.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur