2025-06-27 HaiPress
Datuk Rubiah Wang (dua kanan) merasmikan Karnival Rasa Asli Desa RISDA - Foto FB RISDA
KUALA LUMPUR,27 Jun – Karnival Rasa Asli Desa RISDA menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam usaha memperkasa pendapatan pekebun kecil serta mempromosikan produk desa berasaskan makanan.
Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang,program ini menghimpunkan usahawan dari 13 negeri dengan pelbagai produk makanan tempatan yang berpotensi dikembangkan ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Karnival akan berlangsung hingga 30 Jun ini bermula jam 8 pagi hingga 11 malam di parkir,Wangsa Walk Mall - Foto FB RISDA
Karnival ini dijangka membuka lebih banyak peluang pasaran kepada usahawan luar bandar dan memperkukuh ekonomi komuniti pekebun kecil negara.
“Kita sasarkan jualan sebanyak RM200,000 sepanjang empat hari karnival ini. Berdasarkan maklum balas awal daripada usahawan,ada yang berjaya meraih sehingga RM2,000 dalam sehari,” katanya.
Menurutnya,kerjasama strategik turut dijalinkan oleh RISDA dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu produk berpotensi tinggi menembusi pasaran antarabangsa melalui ekspo dan karnival luar negara.
Karnival Rasa Asli Desa RISDA yang berlangsung hari ini hingga 30 Jun bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam di perkarangan parkir,Wangsa Walk Mall,di sini,akan menjadi medan penting dalam agenda memartabatkan ekonomi desa melalui pendekatan holistik.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur