2025-06-27 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,bercakap kepada media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.
KUALA LUMPUR,27 Jun - Aspek penguatkuasaan dan pendakwaan perlu diperkasa bagi membanteras penipuan berkaitan pakej haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata,tindakan pendakwaan dan hukuman yang lebih berat bakal memberi pengajaran kepada individu atau sindiket yang cuba memperdaya jemaah. Sekali gus,mengurangkan kes penipuan berkaitan.
"Bila dah ada pendakwaan dan hukuman yang agak berat,kita harap ia boleh berikan peringatan yang terbaik kepada mereka.
"Pada saya kes ketika ini berkurangan banding dengan tahun-tahun lepas," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M,di sini.
Menurut Datuk Dr. Mohd Na'im,inisiatif dilaksana termasuklah penubuhan Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM),Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH).
Katanya,TH sebagai institusi yang menguruskan hal ehwal haji tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap kes seumpama itu.
Bagaimanapun,TH akan bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aduan berkaitan penipuan pakej Haji. Jika syarikat berlesen di bawah TH didapati terlibat dalam penipuan,lesen syarikat berkenaan akan ditarik serta-merta.
MOTAC selaku kementerian berkaitan juga turut mempunyai kuasa yang sama terhadap agensi pelancongan yang didapati menjalan kegiatan tersebut.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur