2025-06-27 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,26 Jun - Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar US pada Khamis,disokong oleh komen Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan ketidaktentuan daripada kesan inflasi tarif.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2255/2475 berbanding dolar US daripada 4.2335/2405 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prospek penurunan kadar AS kekal kerana risiko penurunan kepada pertumbuhan terus meningkat dalam persekitaran sentimen yang lemah dalam kalangan pengguna dan perniagaan.
“Berdasarkan faktor itu,pasaran masih yakin Fed AS akan menurunkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini dengan dua penurunan kadar kini nampaknya menjadi asas,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh 0.18 peratus kepada 97.679 mata,menunjukkan kadar pertukaran dolar US-ringgit mungkin berlegar antara 4.22 dan 4.23 hari ini.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9161/9315 daripada 2.9070/9120,turun berbanding pound Britain kepada 5.7843/8144 daripada 5.7631/7726 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.9367/9624 daripada 4.9113/9194.
Dalam pada itu,ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.45/7.49 daripada 7.46/7.48,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.2/260.6 daripada 259.7/260.2,bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3092/3269 daripada 3.3061/3121 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9899/13.0648 daripada 12.9584/9858.
-- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur