2025-06-27 HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,26 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.87 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.19 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM3.2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 32 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.6 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM22.2 bilion.- BERNAMA
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur