2025-06-27 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,26 Jun- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat bagi hari kedua berturut-turut hari ini,disokong oleh kenaikan Indeks Nikkei.
Sentimen positif itu turut disokong oleh unjuran memberangsangkan daripada Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) berkenaan pengeluaran getah asli.
“Negara anggota ANRPC menunjukkan pengeluaran getah asli global dijangka meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.5 peratus tahun ini berbanding 2024.
“Dalam masa sama,permintaan terhadap getah asli dijangka berkembang pada kadar sederhana sebanyak 1.3 peratus bagi 2025,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,beliau berkata kenaikan seterusnya telah dikekang oleh prospek ekonomi global yang lemah akibat ketidaktentuan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) serta konflik berterusan di Timur Tengah.
“Kebanyakan saham Asia mengalami penyusutan pada Khamis apabila kalangan pelabur memantau perkembangan gencatan senjata Israel-Iran dan kian menghampiri tarikh akhir tarif AS,” katanya.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 10.0 sen kepada 702.00 sen sekilogram,manakala lateks pukal turun 1.0 sen kepada 585.50 sen sekilogram.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur